Sebelum bercerita, Wanie nak ucapkan:
Selamat Hari Raya!! Sorry kalau Wanie ada buat salah dan silap ok! :)
Now.. cerita boleh start:

Masa balik dari Hospital Bahagia, hujan lebat sangat. The fastest wiper pun susah nak nampak jalan. Tetiba, kereta Wira warna kelabu dari lane kanan terbabas dan masuk lane Wanie dengan keadaan melintang. Wanie terus slow down (reflex sebenarnya, Syaza yang perasan Wanie slow down). Nasib baik kereta tu jauh lagi. Wanie sempat la gak plan. Wanie nak tengok samada kereta tu akan terus pusing or berhenti kat lane Wanie. Kalau berhenti kat lane Wanie, Wanie kena tukar lane. Nasib baik lane kanan tak de orang. Wanie dah budget nak tukar lane dah kerana nak elak langgar kereta tu. Tapi kereta tu tetiba pergi kat tepi jalan, masuk longkang dan TERBALIK. Tayar kat atas, atap kat bawah. Huhu.
Masa kereta dah masuk longkang, Wanie baru bersuara, “Korang, tengok kereta depan.” (maybe mula-mula tu speechless jap coz tak sure kereta Wanie dapat elak dia ke tak.. huhu) Syaza yang duduk belakang baru perasan sebab masa Wanie slow down, dia tengah tengok belakang, takut-takut ada lori yang tak perasan Wanie slow down. In fact, Kak Huda yang duduk depan pun baru terfikir yang tu accident. Kak Huda kata, “Akak mula-mula pelik, kenapalah kereta tu mcm tu.. bila Wanie suruh tengok kereta tu baru akak terfikir tu accident!” Huhu
Lepas tu Wanie tak sempat tengok dah coz dah pass by kereta tu. Kata Syaza dan Kak Huda cermin depan kereta tu pecah dan kereta tu berasap.
Kak Huda terus kata, “Berhenti Wanie.. berhenti!!!” Tapi Syaza kata “Terus je Wanie, nanti kalau berhenti takut lori langgar kita pulak.” Disebabkan masa tu hujan lebat sangat dan nothing could be done by us, Wanie pun terus je. In fact, dalam St John Ambulance pun, prinsip yang utama ialah, “Pastikan diri sendiri selamat sebelum tolong orang lain.” So, Wanie pun terus je drive kereta.
Syaza kata tak da orang perasan kemalangan tu. Maklumlah masa tu hujan lebat dan kereta tu pun warna kelabu. We realised that it was our responsible to inform the authority. huhu. Dah la tak hafal number plus. Nak baca number plus kat tepi jalan pun samar-samar je. So, Syaza call “999″ dulu. Hospital Tapah kata dia akan hantar ambulans. Setelah tengok number plus banyak kali, baru dapat detect number plus ie 1-800-88-0000 (ada empat kosong kat belakang!!). Kiterang pun beritahu la tempat kejadian kilometer 3.18.
Sementara tu, hujan terus turun dengan sangat lebat sampaikan the fastest wiper pun tak nampak apa-apa melainkan lampu kereta depan. Semua orang mulut kumat-kamit berzikir masa tu. Wanie ikut je belakang lori dengan 40km/hr. Huhu. Biar lambat asal selamat. In fact, kereta Wanie kan Kembara, so, tak stabil sangat dan senang terbalik. Hanya Allah je yang tahu betapa lambatnya nak sampai ke nearest R&R masa tu. Bila dah sampai R&R Tapah dengan selamat, semua pun bersyukur. Semua terdiam sekejap.
“Alhamdullilah selamat sampai Tapah….” Wanie pun bersuara. Kiterang pun cerita la kat each other to recall what had happened. Rupa-rupanya Wanie je yang mula-mula perasan kereta tu terbabas. Lepas tu, kiterang pun memikirkan kemungkinan yang boleh berlaku.
“Kalau kita bawa kereta cepat siket, kita mungkin langgar kereta tu dari depan ataupun kereta tu mungkin langgar kita dari kanan. Alhamdullilah, kita lambat siket kan.” Wanie pun berkata-kata.
Syaza pun balas, “We only missed it by few seconds Wanie. Alhamdullilah Allah selamatkan kita semua.”
Malam tu Syaza call plus lagi. Alhamdullilah, orang tu selamat dan tak cedera pun. Cuma kereta je yang teruk. Bila fikir balik, ada hikmah gak kereta tu pergi longkang. Kalau berhenti kat jalan raya, lori leh langgar kereta tu.
So, the moral of the story:
1) Jangan bawak laju-laju masa hujan!
2) Driver kena sentiasa alert masa kat jalan raya coz anything can happen.
3) Try not to panic dan doa banyak-banyak kalau dalam danger.
4) Sila hafal number plus: 1-800-88-0000 (ada 4 number 0 kat belakang ok)
5) Kalau tak tahu number plus, call je “999″
6) If ada accident, sila tengok kilometer berapa so that senang plus nak pergi.
7) Kalau nak tolong org, pastikan diri sendiri selamat dulu! Itu adalah prinsip pertama St John Ambulance.
8) Abah kata, kalau kereta terbabas, jangan tekan hand-brek sebab itu yang buat kereta terbalik.